KUALA TERENGGANU: “Saya tertarik untuk memakai tudung apabila melihat
rakan yang bertudung kelihatan cantik, sopan serta tidak perlu
mendandan rambut yang pasti mengambil masa lama,” kata Lee Jing Hwa, 7,
yang mencuri tumpuan apabila memakai tudung ketika mendaftar sebagai
pelajar tahun satu di Sekolah Kebangsaan Kampung Tengah, Manir, di sini,
semalam.
Jing Hwa, satu-satunya pelajar berketurunan Cina di sekolah itu,
hadir ke sekolah dengan berbaju kurung dan kelihatan tidak kekok memakai
tudung seperti pelajar perempuan Islam.
Bapanya, Lee Chee Peng, 50, berkata, anak perempuannya itu mula
memakai tudung sejak berusia lima tahun ketika belajar di Tadika Kemas
berhampiran rumahnya di Taman Sri Manir.
Menurutnya, walaupun ada tadika Cina dekat rumahnya, dia memilih
menghantar anaknya itu ke Tadika Kemas bagi membolehkannya bergaul
dengan kanak-kanak Melayu.
“Saya mahu dia mengalami persekitaran berbeza dan bercampur dengan
rakan dari bangsa lain memandangkan negara kita berbilang kaum.
“Guru di tadika tidak memaksanya memakai tudung, malah membenarkan
dia memakai gaun, tetapi dia lebih suka pakai baju kurung dan bertudung
kerana baginya nampak lebih comel,” katanya yang tidak kisah dengan
penampilan anak kelima daripada enam beradik itu.
Menurutnya, semua anaknya belajar di sekolah kebangsaan supaya mereka
menguasai bahasa kebangsaan menerusi pergaulan dengan rakan Melayu.
“Bagi mempelajari bahasa Cina, saya menghantar mereka ke kelas tambahan.
“Sebelum ini, ramai rakan termasuk keluarga mempertikaikan keputusan
saya menghantar anak ke sekolah kebangsaan, tetapi akhirnya mereka faham
dan kagum kerana semua anak saya termasuk Jing Hwa dapat bercakap
bahasa Melayu dan Cina dengan baik,” katanya.
p/s: Bagi yang belum berbuat demikian, kalian mungkin mempunyai
alasan yang lebih kuat untuk berbuat demikian. Saya doakan agar kalian
diberikan petunjuk dan kekuatan untuk melaksanakannya…
Harian Metro
Minta Tolong korang sebarkan pada kawan2 FB supaya LIKE fanpage perekacerita ini yerr.. jasamu dikenang =
0 comments:
Post a Comment